Friday, June 19, 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN

PETIKAN BERITA TERKINI DARI MALAYSIA KINI..
Pindaan perlembagaan mudahkan berrtanding jawatan Umno
Ahli Umno boleh bertanding sebarang jawatan dengan lebih mudah apabila pindaan perlembagaan Umno diluluskan dalam persidangan khas Oktober depan.Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ketika ini ada ahli yang disekat apabila hendak bertanding jawatan dalam parti."Kadang-kadang ada ahli hendak bertanding disekat, mereka menggunakan isu yuran untuk menyekat orang tertentu."Isu mengenai kuota, yuran, penambahan perwakilan, sekatan menjadi calon dan pembabitan ahli di peringkat cawangan adalah pilihan yang akan diberi kepada ahli akar umbi untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya dalam sidang media hari ini.Hishammuddin yang juga pengerusi induk jawatankuasa pindaan perlembagaan Umno berkata, pihaknya akan mencadangkan beberapa pilihan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno setelah mendapat maklumat dan pandangan akar umbi.Contohnya, kata beliau, jika mahu pemilihan pemimpin utama dibuat di peringkat bahagian, ia membabitkan 60,000 berbanding lebih 2,000 perwakilan yang diamalkan sekarang."Adakan pemilihan itu dibuat secara serentak, tidak ada masa kempen dan pemimpin tidak boleh mengenal pasti perwakilan."Kalau itu yang dilaksanakan, pemimpin perlu turun ke cawangan. Ini semua cara yang kita fikirkan," katanya.'Kurangkan jurang'Hishamuddin berkata, badan perhubungan Umno di seluruh negara diarahkan mengumpulkan maklumat mengenai perkara tersebut secepat mungkin.Beliau berkata, maklumat akan dikumpulkan dari cawangan dan bahagian yang sedang mengadakan mesyuarat sehingga 16 Ogos depan."Pindaan ini juga dapat mengurangkan jurang antara pucuk pimpinan parti dengan ahli peringkat akar umbi," katanya.Menurut Hishammuddin lagi, Umno mahu melakukan apa sahaja yang boleh supaya ia mewakili dan menjadi penaung bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia.Jawatankuasa induk pindaan perlembagaan Umno mempunyai 33 anggota yang terdiri daripada setiausaha Umno negeri, wakil Wanita, Pemuda dan Puteri.Selain mereka, enam ahli jawatankuasa tambahan ialah Datuk Othman Aziz (Kedah), Datuk Khairuddin Samad (Putrajaya), Datuk Mansidi Manjun (Sabah), Datuk Idris Haron (Melaka), Datuk Mohd Fatmi Salleh) (wakil pejabat presiden) dan Datuk Hafarizam Harun (wakil teknikal).

No comments:

Post a Comment