Friday, June 19, 2009

PINDAAN PERLEMBAGAAN

PETIKAN BERITA TERKINI DARI MALAYSIA KINI..
Pindaan perlembagaan mudahkan berrtanding jawatan Umno
Ahli Umno boleh bertanding sebarang jawatan dengan lebih mudah apabila pindaan perlembagaan Umno diluluskan dalam persidangan khas Oktober depan.Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ketika ini ada ahli yang disekat apabila hendak bertanding jawatan dalam parti."Kadang-kadang ada ahli hendak bertanding disekat, mereka menggunakan isu yuran untuk menyekat orang tertentu."Isu mengenai kuota, yuran, penambahan perwakilan, sekatan menjadi calon dan pembabitan ahli di peringkat cawangan adalah pilihan yang akan diberi kepada ahli akar umbi untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya dalam sidang media hari ini.Hishammuddin yang juga pengerusi induk jawatankuasa pindaan perlembagaan Umno berkata, pihaknya akan mencadangkan beberapa pilihan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno setelah mendapat maklumat dan pandangan akar umbi.Contohnya, kata beliau, jika mahu pemilihan pemimpin utama dibuat di peringkat bahagian, ia membabitkan 60,000 berbanding lebih 2,000 perwakilan yang diamalkan sekarang."Adakan pemilihan itu dibuat secara serentak, tidak ada masa kempen dan pemimpin tidak boleh mengenal pasti perwakilan."Kalau itu yang dilaksanakan, pemimpin perlu turun ke cawangan. Ini semua cara yang kita fikirkan," katanya.'Kurangkan jurang'Hishamuddin berkata, badan perhubungan Umno di seluruh negara diarahkan mengumpulkan maklumat mengenai perkara tersebut secepat mungkin.Beliau berkata, maklumat akan dikumpulkan dari cawangan dan bahagian yang sedang mengadakan mesyuarat sehingga 16 Ogos depan."Pindaan ini juga dapat mengurangkan jurang antara pucuk pimpinan parti dengan ahli peringkat akar umbi," katanya.Menurut Hishammuddin lagi, Umno mahu melakukan apa sahaja yang boleh supaya ia mewakili dan menjadi penaung bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga rakyat Malaysia.Jawatankuasa induk pindaan perlembagaan Umno mempunyai 33 anggota yang terdiri daripada setiausaha Umno negeri, wakil Wanita, Pemuda dan Puteri.Selain mereka, enam ahli jawatankuasa tambahan ialah Datuk Othman Aziz (Kedah), Datuk Khairuddin Samad (Putrajaya), Datuk Mansidi Manjun (Sabah), Datuk Idris Haron (Melaka), Datuk Mohd Fatmi Salleh) (wakil pejabat presiden) dan Datuk Hafarizam Harun (wakil teknikal).

Thursday, June 18, 2009

GAMBAR NI DI AMBIL SEMASA PERSIDANGAN AGUNG UMNO TAHUN 2009...YB DATO SERI DAN ISTERI DATIN SERI TENGKU MARSILLA..RASANYA MACAM CUTE SANGAT..
ANGKA 8 MEMANG MEMBAWA TUAH KEPADA DATO HISHAM SEHINGGA BELIAU BERJAYA MENJADAI NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA
RASANYA TAK TERLAMBAT UNTUK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SEHINGGA DATO HISHAM BERJAYA MENJADI NAIB PRESIDEN
KAMI BAGI PIHAK PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEMBRONG SANGAT BERBANGGA DENGAN KEMENANGAN DATO..
AMIN

MENYINGKAP PENUBUHAN PUTERI UMNO

SEJARAH PENUBUHAN PUTERI UMNO
Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.
Cadangan penubuhan Puteri UMNO ini diputuskan oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai 2000. Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya menubuhkan Puteri UMNO bagi memenuhi keperluan golongan wanita muda yang berminat menyertai parti itu.
Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh YAB Datul Seri Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.
Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.
Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.
Visi
Memastikan setiap wanita Melayu muda berumur 18 – 35 tahun menyertai Puteri UMNO dan mempertingkatkan jati diri mereka demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Manifesto • Puteri UMNO sebagai landasan untuk wanita Melayu muda untuk melibatkan diri secara aktif di dalam politik • Puteri UMNO bertindak untuk mencungkil, memupuk dan menyerlahkan identity wanita Melayu muda tanpa diskriminasi. • Puteri UMNO sebagai identiti generasi wanita Melayu muda yang cemerlang • Puteri UMNO sebagai gelanggang untuk mencungkil dan menggilap potensi kepimpinan wanita Melayu muda • Untuk menerapkan nilai-nilai positif sejagat dan meningkatkan kebolehan, keyakinan dan jati diri seseorang wanita • Bertindak sebagai ‘check and balance’ / pemantau di dalam UMNO dan masyarakat • Berperanan untuk membantu UMNO di dalam semua pilihanraya dan meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia.

KERATAN AKHBAR DARI AGENDA DAILY

SULTAN JOHOR TIDAK BERSETUJU DENGAN JAMBATAN KETIGA

UMNO Johor sifatkan itu suara rakyat
Sultan Johor dalam titahnya semasa merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor hari Khamis bertitah baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Johor dengan Singapura. Titah baginda itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor. "Beta dititahkan oleh Sultan Johor bahawa baginda tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga itu," titah baginda. Cadangan pembinaan jambatan ketiga itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa melakukan lawatan ke Singapura bulan lalu. Sementara itu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad mengulas titah Sultan Johor itu berkata, apa yang dititahkan itu adalah suara rakyat negeri Johor. “Titah baginda itu adalah aspirasi rakyat Johor keseluruhannya. Titah baginda adalah cerminan Raja berjiwa rakyat dan mewakili suara rakyat,” katanya. – 18/6/2009

APAPUN KITA SEBAGAI RAKYAT JOHOR TUNGGU DAN LIHAT..APAPUN KEPUTUSAN YANG DI AMBIL DIHARAP DAPAT MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA WARGA JOHORAMIN

MOHON AMPUN DAN MAAF

Pihak Pergerakan Puteri UMNO Bahagian memohon maaf di atas ketidak updatenya Blog kami ini...
Apapun selepas ini kami akan pastikan blog Puteri UMNO Bahagian Sembrong sentiasa Update..
Maaf kepada semua followers ye...

SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PUTERI UMNO CAWANGAN-CAWANGAN DALAM BAHAGIAN SEMBRONG

Terlebih dahulu mohon maaf rasanya dah terlambat untuk mengucapkan selamat bersidang kepada semua puteri-puteri UMNO Cawangan.Kepada yang telah bersidang tahniah kerana berjaya menjalankan tanggungjawab anda kepada bangsa,agama dan negara.

Persiapan untuk Persidangan Puteri Bahagian Sembrong sedang giat di lakukan di peringkat Bahagian oleh Cik Farahdila Halim,Setiausaha Puteri UMNO bahagian.

Apapun Tahniah kepada semua kerana berjaya menjalankan menjalankan Persidangan cawangan.

Thursday, April 23, 2009

Tanam pinang rapat-rapat..

23 April 2009 iaitu hari terakhir lawatan Dato' Hamid Nazaha sempat diiringi penulis dan beberapa sahabat.
Awal pagi, lawatan rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan kepada pesakit kronik kurang berkemampuan membuka tirai. Dalam siri lawatan ini, penulis melihat sendiri bagaimana Dato' Hamid begitu mesra melayan pesakit-pesakit yang ditemui. Diiringi ADUN Kahang, En. R.Vidyananthan membuat rombongan ini lebih meriah dan bermakna. Segalanya ringkas dan padat namun dilihat mencapai matlamat.
Program Sukan di Padang Paloh yang diadakan antara jam 3.30 ptg hingga 6.30 ptg dalam siri lawatan Setiausaha Politik DSHH ini amat bermakna bagi seluruh masyarakat Sembrong. Menarik sekali apabila beliau turut menyertai poco-poco yang dipandu oleh Kak Milah.
Warga Sembrong begitu akrab sebagai satu keluarga. Semangat muhibbah yang wujud begitu ketara dengan kehadiran ahli-ahli parti komponen dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat Cina dan India.
Selama tiga hari lawatan seluruh Sembrong dapatlah disimpulkan bahawa beliau orang yang sememangnya sesuai membantu Y.B DSHH dalam menghadapi pelbagai keperluan rakyat. Dengan kredibiliti dan kerendahan hati yang terserlah, warga Sembrong amat senang hati menerima kehadiran beliau.

Pantun kami tadi harap tersemat di sanubari..

Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Bila lagi warga Sembrong nak dapat
Didatangi Dato' Hamid,SetPol Menteri yang baik budi..

Terima kasih daun keladi
Jemput datang ke Sembrong lagi..

Tuesday, April 21, 2009

Tidak terlambat rasanya..


Malam 21/4/2009 berlangsung satu Majlis Ramah Mesra Setiausaha Politik kepada Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (selepas ini di ditulis DSHH) bersama UMNO Bahagian Sembrong.


Masih tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada Ketua Bahagian Sembrong yang dikasihi, Y.B DSHH dan jentera di atas kemenangan beliau sebagai Naib Presiden UMNO. Kemenangan untuk jawatan ketiga tertinggi dalam UMNO Malaysia ini amat membanggakan kita warga Sembrong.


Dalam kabinet baru Perdana Menteri ke-6 pula Y.B DSHH dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri,suatu portfolio yang penting dan agak mencabar.


Tahniah juga diucapkan kepada Mantan Ketua Puteri Sembrong yang kini Ketua Wanita UMNO Sembrong, Puan Noraslina Zainal Abidin yang dilantik menjadi Penolong Bendahari Wanita UMNO Malaysia. Kami amat berbangga dengan pencapaian beliau. Doa kami sentiasa mengiringi agar beliau terus sukses dan dilindungi Allah s.w.t.


Berbalik kepada pertemuan ramah mesra bersama Datuk Hamid Nazaha, Puteri mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas peluang duduk semeja berbincang serba ringkas tentang peranan kami. Terima kasih juga di atas kepercayaan dan segala buah fikiran yang dikongsi bersama.


UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia


Sunday, April 19, 2009

Program Kebajikan Puteri

Pada 18/4/2009 telah diadakan Program Kesihatan bersama pemimpin DUN Paloh di Dewan Orang Ramai Paloh.
Beberapa ahli jawatankuasa Puteri Bahagian telah turun padang untuk turut serta dalam program tersebut bagi memenuhi undangan pemimpin setempat selain mengikut Pegawai JASA Parlimen Sembrong membuat sedikit pemantauan di kawasan Kampung Muhibbah Paloh .
Peserta yang hadir masing-masing membuat pemeriksaan kesihatan yang diberi secara percuma. Selain itu peserta juga diberi taklimat dan seminar kesihatan serta pelbagai pendedahan tentang penyakit kronik dan kanser. Program yang berlangsung selama setengah hari ini penuh manfaat dan mendapat sambutan menggalakkan. Hampir 300 peserta hadir dalam program tersebut.
Dalam rangka program Puteri Sembrong sebenarnya telah dirancang juga program seumpama itu. Bagaimanapun, atas permintaan mendesak untuk terus melaksanakan kesinambungan program Menyusur Akar Puteri akan terlebih dahulu menjalankan fokus kebajikan yang mana ia adalah keutamaan kami.
Berdasarkan pemantauan dan respon yang diberi, aktiviti kebajikan tersebut perlu dilaksanakan
secepat mungkin bagi memastikan masyarakat setempat yang perlu perhatian akan mendapat bantuan sewajarnya.
Bagi pihak Puteri sendiri, apa yang mungkin mampu kami lakukan ialah menyediakan lorong atau menjadi jambatan kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan.
Semoga usaha yang sedikit yang akan kami laksanakan ini mudah-mudahan bakal mampu memberi sedikit sinar buat mereka.

Friday, April 17, 2009

Aktiviti terkini

Pertandingan bola jaring Piala Ketua Puteri Bahagian Sembrong akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 26 April 2009(AHAD)
Tempat:Padang KEJORA, Taman Sri Lambak
Masa :7.30 pagi

Penyertaan terbuka mengikut 12 zon dalam kawasan Parlimen Sembrong.

Sebarang pertanyaan, hubungi Saudari Fara di Pejabat UMNO Bahagian Sembrong.

Sekian untuk makluman.

Wednesday, April 15, 2009

TAHNIAH PUTERI

Salam perjuangan,
Terlebih dahulu tahniah kepada Perdana Menteri ke-6 Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan terima kasih yang tidak terhingga kerana menyenaraikan Ketua Puteri Malaysia, YB Datuk Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin dalam kabinet Malaysia yang baru sebagai Timbalan Menteri dalam portfolio Kesihatan.
Sebelum ini dengan suara dalam Parlimen yang wakil puteri miliki sudah menjadi satu penghormatan.
Amanah kepada Puteri akan kami dokong dan sokong agar kami generasi wanita muda mampu merealisasikan gagasan Satu Malaysia yang menjadi aspirasi kerajaan-rakyat.
Menjadi tanggungjawab kami khususnya pemimpin sayap peringkat akar umbi memainkan peranan kerana kamilah yang paling dekat dengan masyarakat.
Kami akan pastikan semarak merah jambu (pink) mampu memberi impak terbaik dalam memperkasa UMNO.
Tahniah buat Wanita dan Pemuda atas perlantikan dan tanggungjawab kita sesungguhnya sangat besar.
Harapan kami Puteri juga,jangan ada yang cuba membuat spekulasi apabila Ketua Pemuda tidak dalam senarai kabinet. Peranan setiap sayap memang sudah sedia ada. Malah, setiapnya amat berat dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan situasi politik bergolak.
Percayalah, kami Puteri bukan tugasnya berpolitik semata-mata. Kami sedang mengisi misi dan visi untuk generasi masa depan agar bernafas lebih selesa di bumi Malaysia yang tercinta ini.
Memetik kata YB Datuk Rosnah,dalam keadaan sekarang kalau perlu Puteri akan turun bersilat di gelanggang, jadi usah mencabar kami.
Tahniah Puteri..

Tuesday, March 3, 2009

AKULAH PENYAMBUNG WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus ku semaikan
Cinta ini

Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan..