Thursday, April 23, 2009

Tanam pinang rapat-rapat..

23 April 2009 iaitu hari terakhir lawatan Dato' Hamid Nazaha sempat diiringi penulis dan beberapa sahabat.
Awal pagi, lawatan rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan kepada pesakit kronik kurang berkemampuan membuka tirai. Dalam siri lawatan ini, penulis melihat sendiri bagaimana Dato' Hamid begitu mesra melayan pesakit-pesakit yang ditemui. Diiringi ADUN Kahang, En. R.Vidyananthan membuat rombongan ini lebih meriah dan bermakna. Segalanya ringkas dan padat namun dilihat mencapai matlamat.
Program Sukan di Padang Paloh yang diadakan antara jam 3.30 ptg hingga 6.30 ptg dalam siri lawatan Setiausaha Politik DSHH ini amat bermakna bagi seluruh masyarakat Sembrong. Menarik sekali apabila beliau turut menyertai poco-poco yang dipandu oleh Kak Milah.
Warga Sembrong begitu akrab sebagai satu keluarga. Semangat muhibbah yang wujud begitu ketara dengan kehadiran ahli-ahli parti komponen dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat Cina dan India.
Selama tiga hari lawatan seluruh Sembrong dapatlah disimpulkan bahawa beliau orang yang sememangnya sesuai membantu Y.B DSHH dalam menghadapi pelbagai keperluan rakyat. Dengan kredibiliti dan kerendahan hati yang terserlah, warga Sembrong amat senang hati menerima kehadiran beliau.

Pantun kami tadi harap tersemat di sanubari..

Tanam pinang rapat-rapat
Biar senang puyuh berlari
Bila lagi warga Sembrong nak dapat
Didatangi Dato' Hamid,SetPol Menteri yang baik budi..

Terima kasih daun keladi
Jemput datang ke Sembrong lagi..

2 comments:

  1. Terima kasih atas jemputan.
    InsyaAllah kalau keadaan mengizinkan akan cuba turut serta.
    Salam ukhuwah berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. dapatkan web portal yang lebih profesional serendah RM50-RM170 setahun...domain boleh pilih sama ada nk subdomain @ .com @ .com.my @ .my....keterangan lanjut www.emroose.myportal.my

    ReplyDelete